بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Sunday, December 27, 2009

Program Bubur As-syura Bersama KMHcakna

Bertempat di Kampung Gong Bayor pada 26hb. Disember 2009 bersamaan 9 Muharram 1431 telah berlangsungnya satu program masak-memasak bubur asyura yang dinamakan "Program Bubur Asyura bersama KMHcakna". Setelah perancangan yang dibuat hampir sebulan, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dijayakan oleh ahli-ahli KMHcakna ini telah diadakan sempena bulan Muharram iaitu bulan Asyura bagi umat Islam.

Bermula seawal jam 7.00 pagi segala kelengkapan peralatan dan bahan-bahan yang telah disediakan dari awal, maka bermulalah program memasak bubur asyura sebanyak 5 kawah ini. Dalam program ini telah diadakan pertandingan memasak "bubur asyura paling sedap" . Sebanyak 5 kumpulan telah menyertai pertandingan ini iaitu terdiri dari kumpulan Kawah 1 yang diketuai oleh Pakcik Soh (Jusoh Mahmud), Kawah 2 diketuai oleh Ayah Mat (Muhamad Mahmud), Kawah 3 diketuai oleh Ayah Da (Mat Zin Mahmud), Kawah 4 diketuai oleh Kman (Rokman Nordin), Kawah 5 diketuai oleh Selan (Roslan Jali) dan pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Ayah Da (MatZin).


Program yang pertama kali diadakan KMHcakna ini telah dihadiri oleh Y.A.B Wakil Rakyat Dun Kota Putera, pemimpin-pemimpin parti politik kawasan, penghulu kampung dan penduduk-penduduk kampung. Program yang berjalan meriah ini telah dapat berjaya dilaksanakan dan telah berjaya menghasilkan 1,000 bekas bubur asyura untuk diagih-agihkan kepada penduduk Kampung Gong Bayor, Kampung Kubang Ikan dan Kampung Batu tumbuh. Bubur-bubur ini diedarkan oleh "runner-runner" KMHcakna yang diketuai oleh Rosdi Razak umpama penghantaran pizza keseluruh kampung. Dalam masa setengah jam aje 1,000 bekas bubur yang dipacket rapi itu telah habis diagihkan.

Syabas kepada KMHcakna kerana kejayaan program ini. Program sebegini mungkin dan patut diadakan dimasa-masa akan datang supaya KMHcakna dan penduduk-penduduk kampung sama-sama dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.

Sunday, December 20, 2009

Program Bubur As-syura Bersama KMHcakna

Tema program "As-syura Pemangkin Sillahturrahim Unggul"

Hari As-syura disambut bagi mengenang dan mengingati dua peristiwa besar iaitu berkait dengan Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s. Allah s.b.t. telah menyelamatkan nabi Musa a.s. dari kepungan musuh dan bani Israel pada 10 Muharram dan Nabi Nuh telah terselamat dari banjir besar juga pada 10 Muharram.
Justeru itu adalah baik kita mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku ini. Mudahan dengan program bubur itu akan membuka ruang minda kita untuk mengkaji dan berfikir akan keagungan Islam serta betapa hebatnya harg diri kita sebagai seorang muslim.
Bagi KMHcaknak, selain mendapat rahmat dan keampunan Allah s.b.t matlamat kita adalah persaudaraan sillaturahim yang seharusnya wujud dikalangan kita dan masyarakat seluruhnya. Program ini adalah pemangkin dan asas kepada persaudaraan yang lebih unggul untuk generasi masa depan.
Besarlah harapan agar program ini terlaksana mengikut perancangan dan diberkati Allah s.b.t. Terima kasih.
VISI
  1. Memupuk rasa cinta terhadap agam Islam melalui program memperingati hari-hari kebesaran Islam.
  2. Mendidik generasi dengan merealisasikan semula sejarah Islam agar dapat memahami agama Allah dengan lebih bermakna dan mendalam.
  3. Mewujudkan semangat kerjasama, gotong-royong dan pereratkan sillaturahim sesama ahli keluarga sewaktu melaksanakan program ini.
  4. Pengisian yang lebih bermakna dalam menjayakan program hari As-Syura selaras dengan syariat Islam.
  5. Melaksanakan tanggunjawab sosial sebagai anggota masyarakat Kampung Gong Bayor.
  6. Menjalinkan kerjasama dan hubungan kekeluargaan dengan seluruh anggota masyarakat yang berdekatan.

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 26hb Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kediaman Mak Esah Kampung Gong Bayor, Besut.
Penglibatan : Keluarga KMhcakna, jiran tetangga dan masyarakat setempat.
PENGISIAN PROGRAM
  1. Ucapan Aluan Pengarah Program
  2. Ucapan sepatah dua kata dari Pengerusi Program
  3. Ucapan tetamu kehormat / wakil keluarga KMHcakna
  4. Pertandingan mengacau As-Syura
  5. Tazkirah oleh Ustaz Badi'uzaman bin Mohamad
  6. Majlis penyampaian hadiah/agihan bubur As-Syura kepada wakil penduduk
  7. Jamuan As-Syura / Bersurai

JAWATANKUASA PERLAKSANAA PROGRAM

Pengerusi : En. Zulkifli bin Mahmud

Pengarah Projek : En. Rokman bin Nordin

Setiausaha : En. Mohd Azrul Nizam bin Nordin

Bendahari : En. Rosdi bin Razak

Ahli Jawatan Kuasa Kecil

1. Unit Protokol & Informasi

Pn. Rosmawati binti Taib

2. Unit Keceriaan & Tugas-Tugas Khas

En. Mohd Kamani bin Nordin

En. Mohd Syahrul Ikhwan bin Rokman

Pn. Masni binti Mohd Zin

3. Unit Peralatan dan Pengangkutan

En. Mohd Azrul Zilan bin Nordin

En. Sudirman bin Mohd Salleh

4. Unit Jamuan

Pn. Sumayyah binti Mohd Nor

Pn. Che Mah binti Mahmud

Pn. Hanisah binti Hussin

5. Unit Media & Elektronik

En. Mohd Zabri bin Nordin

En. Mohd Al-Hafiz bin Nordin

7. Unit Kerohanian

En. Sani Sakeri bin Awang Teh

8. Unit Keselamatan

En. Rokman bin Nordin

En. Mohd Zin bin Mahmud

PENUTUP

Besarnya harapan agar program ini berjalan dengan baik dan mencapai matlamat yang dihasratkan agar sillaturahim antara keluarga sentiasa segar menurut syariat Allah.

Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu penuh dengan hikmah dan berkatnya. Justeru itu samalah kita berdoa kehadrat illahi agar kita mampu mencapai kejayaan dan keberkatanNya dalam melaksanakan kebaikan yang sedikit ini.

Friday, November 13, 2009

Program Asyura akan diadakan di tempat anda

Sempena awal Muharram (1 Muharram 1431) yang akan disambut pada 18 Disember 20009 pihak KMHcakna akan mengadakan sambutan hari Asyura. Nantikan tarikh yang akan diumumkan kelak, selalu-selalulah melayari blog ini. Terima Kasih

Sumber dari KMHcakna

Dibawah adalah sedikit resipi untuk mereka-mereka yang tak sabar menunggu hari asyura tersebut. Bolehlah tengok-tengok gambar dan baca resepi je dulu.


Bubur Asyura Terengganu

Bahan-bahannya:
1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam

Topping/Hiasan:
kelapa goreng
isi ikan bakar [hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara:
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

Rujukan: http://hanieliza.fotopages.com

Sunday, November 8, 2009

Kelas Al-Quran KMHcakna


Al-Quran Membentuk Generasi Unggul

Kelas Al-Quran yang dijangka bermula pada 6 November 2009 (Jumaat) pada jam 8:30 malam di kediaman Mak Esah, Kg. Gong Bayor telah Berjaya dilaksanakan. Kelas Al-Quran ini diadakan pada malam sabtu, malam Ahad & malam Isnin tiap-tiap minggu. Kepada ahli-ahli KMH, KMHcakna dan saudara mara KMH bolehlah menghadiri kelas mengaji Al-Quran ini. Kepada sesiapa yang belum mendaftar bolehlah mendapatkan borang dari AJK kelas Al-Quran iaitu En. Rokman Nordin serta adik-adiknya (Muhammad Rukini(Uncle Mien's), Azrul Nizam(abe) & Azrul Zilan(adik). Pihak pengurusan KMHcakna mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan perhatian anda

Program ini diibaratkan seperti "Sireh Pulang Ke Gangang".Hal ini berikutan sebelum ini Ayahtua merupakan salah seorang tenaga pengajar Al-Quran di Kampung Gong Bayor.

Program kelas Al-Quran ini bertujuan untuk memberi didikan asas dan pengukuhan pengajian Al-Quran kepada ahli-ahli KMHcakna dan masyarakat setempat, terutamanya golongan kanak-kanak. Selain itu, melalui program ini juga ahl-ahli KMHcakna boleh belajar ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang amat diperlukan dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat.

Besarlah harapan agar program ini terlaksana dengan sebaik-baiknya agar hasrat KMHcakna melahirkan generasi "Leads in both world" akan terlaksana di masa hadapan. Semuga segala usaha murni ini mendapat sokongan dan nasihat dari semua pihak agar ianya berterusan mendapat keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.

Visi

  1. Melahirkan anak-anak KMHcakna yang celik al-quran.
  2. Mewujudkan budaya membaca dan menghafal al-quran dalam kalangan kanak-kanak.
  3. Mewujudkan semangan kerjasama sesama ahli keluarga.
  4. Pengisian yang lebih bermakna selaras dengan syariat Islam
  5. Melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai anggota masyarakat
Pengisian Program
  • Belajar iqra' untuk kanak-kanak
  • Belajar membaca Al-Quran
  • Belajar menghafal Al-Quran
  • Belajar ilmu fardu ain seperti solat, puasa, doa-doa harian, dan amalan-amalan lain yang dituntut agama
  • Lain-lain yang berkaitan dengan syariat Islam

Jawatankuasa Perlaksana Program

Pengerusi : En. Jusoh b.Mahmud

Pengarah Projek : En. Rokman b. Nordin

Setiausaha : En. Mohd Azrul Zilan b. Nordin

Bendahari : En. Rosdi b. Abd Razak

Peralatan/penyediaan tempat : En. Mohd Azrul Nizam b. Nordin






(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Surah Al-Ahqaaf ayat 12

Wednesday, November 4, 2009

Gotong Royong Untuk Mangsa Kebakaran












Banner sumbangan dari KMHcakna untuk ucapan terima kasih dari En. Rokman Nordin
kepada pihak-pihak yang terlibat memberi sumbangan-sumbangan.


Ini adalah sedikit paparan suasana semasa gotong-royong di rumah En. Rokman. Kepada yang terlibat bersama-sama bergotong-royong membina semula kediaman sementara, memberi sumbangan tenaga, derma, pakaian, peralatan- peralatan, makanan dan sebagainya, pihak En. Rokman sekeluarga mengucapan jutaan terima kasih yang tidak terbalas. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya.

Tidak lupa juga kepada pihak-pihak yang perihatin tentang musibah ini termasuklah Y.A.B. Menteri Besar Terengganu dan kerajaan negeri Terengganu, Y.B. Adun Kota Putera, Jabatan-jabatan negeri dan persekutuan, Parti-parti politik, Pengerusi JKKK Kg. Gong Bayor, Pihak Swasta, NGO, Jurutera Perunding Zaaba, Penderma-penderma persendirian, Seluruh Masyarakat setempat yang telah memberi sokongan dan bantuan.

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadanyalah kamu meraung meminta pertolongan".

Surah Al-Nahl ayat 53

Sunday, October 25, 2009

Musibah Yang Melanda Rumah En. Rokman Nordin (Ahli KMH, Penyelaras KMHcakna)



keratan akhbar KOSMO Isnin 26hb. Oktober 2009








Kebakaran berlaku pada hari Ahad 25 Oktober 2009 jam 8:00 pagi. Kebakaran berpunca dari lintar pintas. Allahamdulilah semua ahli keluarga selamat cuma tinggal sehelai sepinggang sahaja. Kepada semua kita, bersama-sama berdoa semoga keluarga Rokman dalam keadaan penuh sabar. Semua ini adalah takdir dari Allah s.w.t. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Sama-samalah kita berdoa supaya keluarga dan kehidupan En. Rokman sekeluarga pulih seperti sediakala atau lebih baik lagi.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan apa saja bantuan bolehlah disalurkan kepada En. Rokman Nordin/ Muhammad Rukini Nordin/ Mohd Kamani Nordin di alamat 121, Kampung Gong Bayor, 22200 Besut, Terengganu.

Kepada semua yang telah menghulurkan bantuan, KMHcakna yang mewakili bagi pihak En. Rokman sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan.


PEMBERITAHUAN

KMH akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang bantuan-bantuan yang diperlukan oleh keluarga En. Lokman.

  • Tempat : Rumah Che Mah Mahmud (Mek Che Mah)
  • Tarikh : 28hb. Oktober 2009 (Rabu)
  • Masa : Jam 9:00 mlm.
Kehadiran ahli-ahli KMH, ahli-ahli keluarga KMH adalah diperlukan.



Friday, October 23, 2009

Makluman

Mesyuarat Keluarga KmhCakna

Tarikh : 24hb Oktober 2009 (Sabtu)
  • (5 dhul-Qadah 1430)
  • Masa : 9:00 mlm.
  • Tempat : Di rumah Jusoh Mahmud (Pakcik Soh).
Jemputan ini adalah khas untuk semua ahli-ahli KMH, KMHcakna.
Kehadiran dan keperihatinan tuan puan amatlah dihargai.


Friday, October 9, 2009






KMH (Keluarga Mahmud Hamzah)



Keluarga Mahmud Hamzah (KMH) adalah komuniti terdiri dari anak-anak,

cucu-cucu, cicit-cicit Mahmud Hj. Hamzah yang telah dikumpulkan dalam

satu keluarga besar seramai lebih kurang 178 ahli keluarga. KMH tertubuh

buat pertama kalinya pada April 1997. Perjumpaan demi perjumpaan telah

diadakan dan pada 06-06-2006 telah diadakan perjumpaan terbesar iaitu

perjumpaan yang dinamakan "Family Day KMH'06". Pada hari itu telah

diadakan acara-acara sambutan hari keluarga seperti tahlil arwah, sukaneka,

jamuan keraian, cabutan bertuah, ceramah agama dan penyampaian hadiah

serta cenderahati kepada setiap keluarga.