بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Thursday, February 25, 2010

ASAL USUL MAHMUD HAMZAH (AYAH TUA)

اصل اصول مهمود حمزه ﴿ايه توا

اصل اصول توک سو

- برأصل دري ڤتتاني، ايايت موک وي تيجه دان صالح
- توک ڤوک هاب اد 4 اديق براديق.
- توک ڤوک هاب برکهوين دڠن جريه د کوبڠ ايکن. دان ممڤوڽاءي 2 اورڠ انق ايايت ڤوک سو دان مهمود.﴿انق کڤد جريه﴾. سماس مريک سمڤأي د کوبڠ ايکن هاڽ ترداڤت 7 بواه رومه سهاج. معلومت دڤراوليهي دري المرحوم توک ڤوک ليه. کادأن د قݢ اين ڤد ماس ايت ماسيه لاݢي ترڤنچيل. ترداڤت سبواه سکوله يڠ هاڽ دبوات دري اتڤ نيڤه دان تياڠ نيبوڠ، جالن لوروڠ سهاج يڠ اد.
- برڤينده دري قبور، دالم باروه دان قݢ ݢوڠ بايور دڤن سکوله.
- ايه توا برأصل دري قݢ. ساريڠ، ڤاسير ڤوته
- جريه،ڤوک د نور، ڤ.چئ نافي، توک اساه باتور انق کڤد جوسوه دان ميناه
- ايه توا بکرجا سباݢاي ڽدق ڽيور، تانم ڤادي، اورڠ يڠ ڤرتام ݢتيه بيچا
- تامبڠ تکسي سکيتر 20 سين، 50 سين دان رم1.00 دري قݢ.ݢوڠ بايور ک الور لينته، جرتيه
- جريه برتوبوه راڠݢل، تيڠکه لاکو يڠ لمه لمبوت، برکوليت ڤوتيه دان چوميل. منيڠݢل دنيا د تيمڤويق عقيبة باتوقباتوق کتيک اوسيا سکيتر 50-ان.


ايه توا ۏرسي ڤق چئ سوه

- حاج اوڠ ميساي اوري سوهور/توک ليباي/کاي ڤتتاني تايلاند
- ڤينده ک کلنتن/جمبل/بريس قبور بسر
- حاج حمزه بن حاج اوڠ/انق توڠݢل /ايبوڽ توک مق سو.
- توک مق سو اوري ڤتتاني سأورڠ بيدن مشيور
- ماتي دان دتانم د قبور ݢ.بايور
- حاج حمزه + جريه اوري ڤويق، کلام.
- جريه انق توک بيدن ميناه ڤويق.
- توک ميناه کاوين دݢن وق ليه
- حاج حمزه منيڠݢل مودا عمور 40ان
- کاوين 2/مق موک سو صبرايه/

ASAL USUL MAHMUD HAMZAH

ASAL USUL TOK SU

- Berasal dari Pattani, iaitu Mok We Tijah dan Salleh
- Tok Pok Hab ada 4 adik beradik.
- Tok Pok Hab berkahwin dengan Jeriah di Kubang ikan. dan mempunyai 2 orang anak iaitu Pok Su dan Mahmud.(anak kepada Jeriah). Semasa mereka sampai di kubang ikan hanya terdapat 7 buah rumah sahaja. Maklumat diperolehi dari almarhum tok pok leh. Keadaan di kg ini pada masa itu masih lagi terpencil. Terdapat sebuah sekolah yang hanya dibuat dari atap nipah dan tiang nibung, jalan lorong sahaja yang ada.
- Berpindah dari kubur, dalam baruh dan kg gong bayor depan sekolah.
- Ayah tua Berasal dari kg. saring, pasir puteh
- Jeriah,pok de Nor, p.cik Nafi, tok esah Bator anak kepada Jusoh dan Minah
- Ayah tua bekerja sebagai nyadak nyiur, tanam padi, orang yang pertama gateh beca
- Tambang teksi sekitar 20 sen, 50 sen dan RM1.00 dari kg.gong bayor ke Alor Lintah, Jertih
- Jeriah bertubuh ranggal, tingkah laku yang lemah lembut, berkulit putih dan comel. Meninggal dunia di Tempoyak akibat batukbatuk ketika usia sekitar 50-an.

Ayah Tua versi pak cik soh

- Hj Awang Misai ore sohor/tok lebai/kaya pattani Thailand
- Pindah ke kelantan/jembal/bris kubur besar
- Hj Hamzah bin hj awang/anak tunggal /ibunya Tok mek su.
- Tok mek su ore pattani seorang bidan mashyur
- Mati dan ditanam di kubur g.bayur
- Hj hamzah + jeriah ore poyak, kelam.
- Jeriah anak tok bidan minah poyak.
- Tok minah kawin dgn wak leh
- Hj hamzah meninggal muda umur 40an
- Kawin 2/mak mok su sabariah/

Thursday, February 11, 2010

Lawatan KmhCakna

Bersempena lawatan ahli KmhCakna  iaitu keluarga En. Nordin / Puan Che Mah ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Inilah serba sedikit gambar kenangan yang dapat dirakamkan.


   

1. Sampai di Putrajaya, setelah pusing-pusing bandar dan terus ke Masjid Putra.

2. Bergambar kenangan bersama ahli keluarga dan cucu-cucu berlatarbelakang Masjid Putra. Datanglah ke Putrajaya, masjid dia cangih-cangih.


  

3. Saudara Amirullah pun tak mau ketinggalan untuk berposing.

4. Ada gaya En. Nordin nih.., tak mau kalah punye...

  

5. En. Rokman dan isteri serta anak pun tak mau ketingagalan bergambar kenangan.

6. Cucu-cucu En. Nordin pun nak bergambar gak. Ini baru suku bukan keseluruhan cucunya lagi, yang lain ada yang bersekolah dan bekerja. tak dapatlah ikut serta.

  

7. Time ni panas terik, terpaksa la pakai payung. Bukan jurufoto suruh bergaya dengan payung tu...masa nak ambil gambar.

8. Gambar beramai-ramai berlatarbelakangkan Bangunan Pejabat Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Putrajaya.

  

9. Cucu-cucu yang dok KL pun ambil kesempatan berposing jugak..

10. Berposing di dalam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, masjid baru di Putrajaya. Berlatarbelakang air terjun, tasik putrajaya dan jambatan D.(Bridge D)

  

11. Puan Jahariah pun turut bergambar didalam Masjid Sultan Mizan. Suaminya seorang ahli KmhCakna yang sama-sama membuat pelan struktur masjid ini.

12. En. Rukini berada di ruang sembahyang utama sedang melihat kecanggihan rekabentuk besi pada struktur bumbung dan tiang-tiangnya.

 

13. Ruang tangga dan lift untuk kesenangan jemaah.

14. Ruang pintu/taman menuju kiblat walk.

  

15. Ruang sembahyang utama.

16. Pemandangan kubah/dome dari dalam masjid

  

17. Pintu Utama Masjid berserta air pancut di lamannya.

18. Bergambar kenangan ditepi Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di persint 3.

  

19. Atok Udang galah ni nak masak apa.

20. Udang galah kegemaranku yang dipancing bapaku.

  

21. Inilah udang galah sungai perak, king-king sepit biru berlumut semuanya satu tong polystrene tapi udangnye separuh tong aje. Kalau ada rezeki time datang bertandang rumah anak di KL dapatlah pekena udang galah sungai perak (anak kaki pancing udang galah)

22. Udang galah masak gulai kampung stail Terengganu, fuihhh selera......Neneknye yang masak...

  

23. Setelah penat berjalan-jalan, maka mejamu seleralah di rumah anak di KL.

24. Baik-baik makan udang galah tu nanti kena sepit, dahla sepit galah panjang sekaki lebih nak makan pun payah tapi fuihhhh terangkat. Kepada yang tak mengikuti rombongan KmhCakna bersama En. Nordin ni minta maaf ye udang galah dah abis, tak boleh bawak balik kampung tunjuk, nak rasa lain tahun kita melawat lagi.

Kepada ahli-ahli KmhCakna yang ada membuat lawatan keluarga atau ada berita-berita terkini atau apa jua komen yang ingin disampaikan bolehlah menghantar gambar kenangan atau apa saja ke email kmhcakna@gmail.com. Semoga boleh sama-sama kita berkongsi kenangan dan pengalaman dengan ahli-ahli KmhCakna yang lain dalam blog ini.

"Menjana Tautan Kasih Perkukuh Silaturahim"

Monday, February 8, 2010

Kem Motivasi & Jungle Tracking KmhCakna 2010

Kem Motivasi & Jungle Tracking KmhCakna akan diadakan pada cuti Tahun Baru Cina 14 Febuari 2010 di Bukit Keluang. Kepada ahli-ahli serta keluarga KMH & KmhCakna yang berminat bolehlah menghubungi Saudara En. Rukini (Uncle Mien) atau En. Zulkifli (ayah Chik) untuk pendaftaran penyertaan. Segeralah mendaftar nama anda atau ahli keluarga kerana penyertaan adalah terhad kepada 100 orang sahaja.





Kem Motivasi & Jungle Tracking KmhCakna diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama ahli keluarga KMH & KmhCakna disamping itu juga untuk kebersihan minda dan gaya hidup sihat. Marilah sama-sama kita berganding bahu menjayakan Kem Motivasi & Jungle Tracking KmhCakna 2010 ini.

" Menjana Tautan Kasih Perkukuh Silatulrahim"