بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Sunday, December 27, 2009

Program Bubur As-syura Bersama KMHcakna

Bertempat di Kampung Gong Bayor pada 26hb. Disember 2009 bersamaan 9 Muharram 1431 telah berlangsungnya satu program masak-memasak bubur asyura yang dinamakan "Program Bubur Asyura bersama KMHcakna". Setelah perancangan yang dibuat hampir sebulan, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dijayakan oleh ahli-ahli KMHcakna ini telah diadakan sempena bulan Muharram iaitu bulan Asyura bagi umat Islam.

Bermula seawal jam 7.00 pagi segala kelengkapan peralatan dan bahan-bahan yang telah disediakan dari awal, maka bermulalah program memasak bubur asyura sebanyak 5 kawah ini. Dalam program ini telah diadakan pertandingan memasak "bubur asyura paling sedap" . Sebanyak 5 kumpulan telah menyertai pertandingan ini iaitu terdiri dari kumpulan Kawah 1 yang diketuai oleh Pakcik Soh (Jusoh Mahmud), Kawah 2 diketuai oleh Ayah Mat (Muhamad Mahmud), Kawah 3 diketuai oleh Ayah Da (Mat Zin Mahmud), Kawah 4 diketuai oleh Kman (Rokman Nordin), Kawah 5 diketuai oleh Selan (Roslan Jali) dan pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Ayah Da (MatZin).


Program yang pertama kali diadakan KMHcakna ini telah dihadiri oleh Y.A.B Wakil Rakyat Dun Kota Putera, pemimpin-pemimpin parti politik kawasan, penghulu kampung dan penduduk-penduduk kampung. Program yang berjalan meriah ini telah dapat berjaya dilaksanakan dan telah berjaya menghasilkan 1,000 bekas bubur asyura untuk diagih-agihkan kepada penduduk Kampung Gong Bayor, Kampung Kubang Ikan dan Kampung Batu tumbuh. Bubur-bubur ini diedarkan oleh "runner-runner" KMHcakna yang diketuai oleh Rosdi Razak umpama penghantaran pizza keseluruh kampung. Dalam masa setengah jam aje 1,000 bekas bubur yang dipacket rapi itu telah habis diagihkan.

Syabas kepada KMHcakna kerana kejayaan program ini. Program sebegini mungkin dan patut diadakan dimasa-masa akan datang supaya KMHcakna dan penduduk-penduduk kampung sama-sama dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.

No comments:

Post a Comment