بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Sunday, November 8, 2009

Kelas Al-Quran KMHcakna


Al-Quran Membentuk Generasi Unggul

Kelas Al-Quran yang dijangka bermula pada 6 November 2009 (Jumaat) pada jam 8:30 malam di kediaman Mak Esah, Kg. Gong Bayor telah Berjaya dilaksanakan. Kelas Al-Quran ini diadakan pada malam sabtu, malam Ahad & malam Isnin tiap-tiap minggu. Kepada ahli-ahli KMH, KMHcakna dan saudara mara KMH bolehlah menghadiri kelas mengaji Al-Quran ini. Kepada sesiapa yang belum mendaftar bolehlah mendapatkan borang dari AJK kelas Al-Quran iaitu En. Rokman Nordin serta adik-adiknya (Muhammad Rukini(Uncle Mien's), Azrul Nizam(abe) & Azrul Zilan(adik). Pihak pengurusan KMHcakna mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan perhatian anda

Program ini diibaratkan seperti "Sireh Pulang Ke Gangang".Hal ini berikutan sebelum ini Ayahtua merupakan salah seorang tenaga pengajar Al-Quran di Kampung Gong Bayor.

Program kelas Al-Quran ini bertujuan untuk memberi didikan asas dan pengukuhan pengajian Al-Quran kepada ahli-ahli KMHcakna dan masyarakat setempat, terutamanya golongan kanak-kanak. Selain itu, melalui program ini juga ahl-ahli KMHcakna boleh belajar ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang amat diperlukan dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat.

Besarlah harapan agar program ini terlaksana dengan sebaik-baiknya agar hasrat KMHcakna melahirkan generasi "Leads in both world" akan terlaksana di masa hadapan. Semuga segala usaha murni ini mendapat sokongan dan nasihat dari semua pihak agar ianya berterusan mendapat keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.

Visi

  1. Melahirkan anak-anak KMHcakna yang celik al-quran.
  2. Mewujudkan budaya membaca dan menghafal al-quran dalam kalangan kanak-kanak.
  3. Mewujudkan semangan kerjasama sesama ahli keluarga.
  4. Pengisian yang lebih bermakna selaras dengan syariat Islam
  5. Melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai anggota masyarakat
Pengisian Program
  • Belajar iqra' untuk kanak-kanak
  • Belajar membaca Al-Quran
  • Belajar menghafal Al-Quran
  • Belajar ilmu fardu ain seperti solat, puasa, doa-doa harian, dan amalan-amalan lain yang dituntut agama
  • Lain-lain yang berkaitan dengan syariat Islam

Jawatankuasa Perlaksana Program

Pengerusi : En. Jusoh b.Mahmud

Pengarah Projek : En. Rokman b. Nordin

Setiausaha : En. Mohd Azrul Zilan b. Nordin

Bendahari : En. Rosdi b. Abd Razak

Peralatan/penyediaan tempat : En. Mohd Azrul Nizam b. Nordin






(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Surah Al-Ahqaaf ayat 12

No comments:

Post a Comment