بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Wednesday, January 4, 2012

Majlis Bubur Asyura 2011

Assalamualaikum kepada semua para pembaca!! ^^ #Berdosa kalau tak jawab..heheh

Pertama sekali admin ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini
disebabkan ketiadaan masa terluang. Heheh.. sorry yea..

Baiklah! Kali ini, mari kita lihat apa yang keluarga KMHCakna telah lakukan baru2 ini.

Semoga anda semua terhibur!! ^_^






TADAAA!!!

Haa.. inilah dia!! Banner bagi Majlis Bubur Asyura kita!!



Majlis ini telah diadakan di perkarangan rumah Mok Esah dan dengan bertemakan 'Asyura Menjana Silaturrahim Unggul' , kami telah berjaya memasak bubur asyura sebanyak 10 kawah hasil kerjasama semua!!#WoW!! Banyak tuh!!










Tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat perpaduan selain menyemarakkan konsep bersedekah dan menanam sikap cintakan pada agama melalui kerja2 amal. Wah!! Rajin sungguh cucu cicit Mok Esah serta jiran tetangga yang sudi datang membantu.. terima kasih yaa.. :D



Baju2 yang perlu dipakai oleh ahli KMHCakna semasa majlis dijalankan. Hasil penat lelah Ayah Wan (Hamzah bin Mahmud) bagi membekalkan baju2 ini. Terima kasih Ayah Wan!! ^^















Majlis juga menganjurkan aktiviti mewarna bagi kanak2 dan juga remaja untuk memeriahkan majlis. Suasana begitu gamat semasa aktiviti dijalankan. Ibubapa tidak lepas peluang bagi menunjuk ajar anak2 mereka supaya mewarna dengan cantik.

#Jangan main tipu sudaa..hahaha


















Kaum hawa juga turut membantu dalam menyempurnakan majlis ini. Mok Esah juga tidak
melepaskan peluang menghulurkan tangan (Gambar kelima, baju hijau).

#Larat ke nak kacau bubur tuh??? ^^(Gambar keempat)











Majlis ini turut disambut meriah semasa didatangi isteri YB iaitu Pn. Roslida bt Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Da. Beliau turut memberikan ucapan semasa majlis dan menjadi juri bagi memilih bubur dari kawah mana yang sedap..

#Urmm, tak sabar rasanya menunggu keputusan.


Akhirnya keputusan telahpun diumumkan!!

Pemenang kawah terbaik bagi tempat ke-3 ialah Pok Su Mamat. Beliau tiada semasa mengambil hadiah kerana hendak menunaikan solat Asar di masjid.



Pemenang tempat ke-2 ialah Ayah Da Mat Zin yang telah menjuarai acara ini pada tahun lepas.. #Tak mengapa, lain kali boleh cuba lagi.. :)







Dan juara bagi pertandingan kawah terbaik ialah Pok Cik Soh!! Tahniah, Pok Cik Soh!! (n_n)Vm




Seterusnya, juara bagi acara mewarna ialah Nurul Zalikha binti Mohd Zabri bagi kategori kanak2 dan bagi kategori remaja pula disandang oleh Siti Nur Aisyah binti Hamzah!! Tahniah diucapkan!!



Semasa majlis sudah hampir tamat, anak2 buah KMHCakna telah mengagihkan sebanyak 2 500 bubur asyura ke 4 buah kampung iaitu Gong Bayor, Kubang Ikan, Batu Tumboh dan sebagahian daripada Gong Jelutong.

Gambar2 candid:~



Membincangkan sesuatu... hurmm...





Awekz2 KMHCakna.. <3
#Kembang arr tuh..





Meh karaoke!! Lalala...





Meneguk air selepas penat bekerja..urmmpphh.. segarrr...
#Haus la pulak




Rehat2 sambil minum sirap ais..
"Kuharapkan sinar sampai ke petang, rupanya mendung menjelma"



Sebahagian tenaga bagi menyempurnakan majlis ini. Terima kasih semua!!! ^_^

Ditulis oleh: Kak Yong Zahirah KayEll O,^ Vm







No comments:

Post a Comment