بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Monday, February 1, 2010

Program Assura KmhCakna 09

KAMI DARI BLOGGER KMHCAKNA MEMOHON BERIBU-RIBU AMPUN DIATAS KELEWATAN MENG"UPDATE" BLOG KMHCAKNA ATAS SEBAB-SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN.

Disini serba sedikit gambar-gambar kenangan yang telah dikirimkan oleh saudara Uncle Miens tentang Program Bubur Assura KmhCakna 09 yang telah diadakan. Anda juga boleh merujuk berita ini di akhbar Sinar Harian terbitan edisi timur bertarikh 3 januari 2010.

  

1. Beginilah rupa bubur 2

2. Masak bubur telah bermula

  

3. Pengerusi Program tengah kacau bubur    

4. Masing-masing tengah bersemangat

  

5. Uih berasap-asap tu macam gunung berapi la

6. Kacau jangan tak kacau

  

7. Mek Che Mah & Cucunya tengah mengayuh. Tak nak antor KL sikit ke?

8. Beginilah rupa juara, patutlah menang pukul 4 pagi dah stanby. Ada baca-baca kot???

  

9. Sani dengan gaya kacau yg. tersendiri

10. Kawan sebelah dah berpeloh-peloh, Kman tak berpeloh pun....

  

11. Pakcik Soh sekawah gak

12. Bersemangat waja, tak kira OKU sama-sama bekerjasama, TQ Tok cik Dollah,

 Tahun depan kita wat 10 kawah pulak ada berani ke...?

  

13. Dah hampir masak dah, stanby bekas2 tu

14. Semangat KmhCakna mesti bersama

  

15. Uiiih macam kacau dodol la, berat betoi pendayung nih

16. Sudah masak dah, First masuk dulang dulu sama itu tempurung keh..keh..keh..

  

17. Pengerusi bersama YDP Pas Besut Tuan Haji Wan Azhar Wan Ahmad dan anak tengah menjamu selera. Walaupun baru sampai dari Negeri Sembilan tetapi sudi menjenguk program ini, banyak2 terima kasih Tuan Haji.

18. Penduduk Kemaman pun turut bersama menjayakannya

  

19. Assura dimasukkan kedalam bekas-bekas plastik.

20. Siap untuk diedarkan kepada penduduk kampung

  

21. Isteri Wakil Rakyat tengan menjadi juri pertandingan kumpulan mana yang masak paling sedap.

22. Juara memasak bubur Assura tahun 2009 (Mat Zin) menerima hadiah dari isteri YB.

  

23. Wakil kawasan Kubang Ikan menerima bubur simbolik bagi kawasan agihannya dari YB. Pehimi (ADUN Kota Putra) 

24. Wakil kawasan sempadan Kubang Ikan & Gong Bayor menerima bubur simbolik bagi kawasan agihannya dari YB. Pehimi


  

25. Wakil bagi kawasan sebelah Hilir Gong Bayor menerima bubur simbolik bagi kawasan agihannya dari YB. Pehimi

26. Wakil bagi kawasan sebelah Alik ulu & Lik Jatuh Gong Bayor menerima bubur simbolik bagi kawasan agihannya dari YB. Pehimi


  

27. Bersedia untuk pengagihan bubur.

28. Bersama YB. borak-borak hal program.

  

29. Kerja-kerja pengagihan bermula (Like pizza delivery)

30. Setelah penat bertungkus-lumus seharian. Lepas Kacau bubur mari kita kacau sida pulak.

31. Bergambar bersama isteri YB.

Dari kiri Mok Esah, Isteri YB, Cek Su (Zabedah)

32. Bergambar kenangan bersama YB.

Berdiri dari kiri Pn.Rosmawati, En.Rokman, Isteri YB., Mok Esah, En.Jusoh, YB. Pehimi (ADUN Kota Putra), En.Hamzah, En.Zulkifli,En.Rukini dan En.Muhammad.


Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Wakil Rakyat ADUN Kota Putra YB. Muhammad Pehimi bin Mohd. Yusof bersama isteri kerana sudi menyerikan majlis yang diadakan KmhCakna ini.

Semoga majlis seperti ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang. "Marilah Bersama-sama KmhCakna menjayakannya"


Menjana Tautan Kasih Perkukuh Silatulrahim

 


No comments:

Post a Comment