بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Thursday, February 11, 2010

Lawatan KmhCakna

Bersempena lawatan ahli KmhCakna  iaitu keluarga En. Nordin / Puan Che Mah ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Inilah serba sedikit gambar kenangan yang dapat dirakamkan.


   

1. Sampai di Putrajaya, setelah pusing-pusing bandar dan terus ke Masjid Putra.

2. Bergambar kenangan bersama ahli keluarga dan cucu-cucu berlatarbelakang Masjid Putra. Datanglah ke Putrajaya, masjid dia cangih-cangih.


  

3. Saudara Amirullah pun tak mau ketinggalan untuk berposing.

4. Ada gaya En. Nordin nih.., tak mau kalah punye...

  

5. En. Rokman dan isteri serta anak pun tak mau ketingagalan bergambar kenangan.

6. Cucu-cucu En. Nordin pun nak bergambar gak. Ini baru suku bukan keseluruhan cucunya lagi, yang lain ada yang bersekolah dan bekerja. tak dapatlah ikut serta.

  

7. Time ni panas terik, terpaksa la pakai payung. Bukan jurufoto suruh bergaya dengan payung tu...masa nak ambil gambar.

8. Gambar beramai-ramai berlatarbelakangkan Bangunan Pejabat Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Putrajaya.

  

9. Cucu-cucu yang dok KL pun ambil kesempatan berposing jugak..

10. Berposing di dalam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, masjid baru di Putrajaya. Berlatarbelakang air terjun, tasik putrajaya dan jambatan D.(Bridge D)

  

11. Puan Jahariah pun turut bergambar didalam Masjid Sultan Mizan. Suaminya seorang ahli KmhCakna yang sama-sama membuat pelan struktur masjid ini.

12. En. Rukini berada di ruang sembahyang utama sedang melihat kecanggihan rekabentuk besi pada struktur bumbung dan tiang-tiangnya.

 

13. Ruang tangga dan lift untuk kesenangan jemaah.

14. Ruang pintu/taman menuju kiblat walk.

  

15. Ruang sembahyang utama.

16. Pemandangan kubah/dome dari dalam masjid

  

17. Pintu Utama Masjid berserta air pancut di lamannya.

18. Bergambar kenangan ditepi Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di persint 3.

  

19. Atok Udang galah ni nak masak apa.

20. Udang galah kegemaranku yang dipancing bapaku.

  

21. Inilah udang galah sungai perak, king-king sepit biru berlumut semuanya satu tong polystrene tapi udangnye separuh tong aje. Kalau ada rezeki time datang bertandang rumah anak di KL dapatlah pekena udang galah sungai perak (anak kaki pancing udang galah)

22. Udang galah masak gulai kampung stail Terengganu, fuihhh selera......Neneknye yang masak...

  

23. Setelah penat berjalan-jalan, maka mejamu seleralah di rumah anak di KL.

24. Baik-baik makan udang galah tu nanti kena sepit, dahla sepit galah panjang sekaki lebih nak makan pun payah tapi fuihhhh terangkat. Kepada yang tak mengikuti rombongan KmhCakna bersama En. Nordin ni minta maaf ye udang galah dah abis, tak boleh bawak balik kampung tunjuk, nak rasa lain tahun kita melawat lagi.

Kepada ahli-ahli KmhCakna yang ada membuat lawatan keluarga atau ada berita-berita terkini atau apa jua komen yang ingin disampaikan bolehlah menghantar gambar kenangan atau apa saja ke email kmhcakna@gmail.com. Semoga boleh sama-sama kita berkongsi kenangan dan pengalaman dengan ahli-ahli KmhCakna yang lain dalam blog ini.

"Menjana Tautan Kasih Perkukuh Silaturahim"

No comments:

Post a Comment