بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Monday, January 16, 2012

Salam 1 Malaysia, salam 1 Besut, salam 1 Gong Bayor dan salam 1 KmhCakna.

Pernahkah anda semua warga KmhCakna menaiki keretapi? Jika belum, inilah peluang yang julung-julung kali akan diadakan jika anda ingin merasai menaiki keretapi. Secara umumnya keretapi memang tiada di Besut. Tetapi jika menyertai program KmhCakna akan datang, kempunan anda akan terubat insyaallah. Pihak KmhCakna akan mengadakan "Kembara Kasih KmhCakna 2012" berkemungkinan pada bulan mac(3) 2012, berkemungkinan dalam cuti persekolahan. Program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama kita warga KmhCakna dengan saudara-saudara kita yang berada diluar daerah. Untuk program ini kita akan ke Gua Musang, Kelantan untuk bersama saudara kita semua di sana.Kembara kasih kita kali ini akan menziarah ke rumah saudara kita iaitu rumah Moksu Sabariah & Poksu Kob.

Diblog ini ditunjukkan serba sedikit tentang perjalan program yang bakal diadakan. Masa dan tarikh akan diberitahu kelak mungkin melalui surat/sms/telefon/email/facebook/dll. yg difikirkan perlu oleh pengurusan/pengarah projek. Ataupun warga KmhCakna yang berminat bolehlah menghubungi pihak KmhCakna.

Perjalanan kembara kasih ini akan bermula di tempat biasa iaitu di rumak Mok Esah di


Kampung Gong Bayor,Besut,Terengganu

Kita akan menaiki Bas yang disewa khas oleh KmhCakna



Gambar-gambar bas diatas adalah contoh sahaja, bas yang akan disewa mungkin bas persiaran/bas sekolah/bas kolej/bas kerajaan negeri/bas express...Kita akan menaiki bas dari Besut hingga ke Tanah Merah, Kelantan iaitu ke stesen keretapi tanah merah.




Keretapi mungkin seperti didalam gambar diatas.

Peta laluan keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sila lihat peta perjalanan dari Tanah merah ke Gua Musang sahaja. Kita tidak akan melajakkan perjalanan ketempat lain.

Inilah stesen keretapi Tanah Merah, disinilah kita akan menaiki keretapi yang menuju ke Gua Musang. harus diingatkan ke Gua Musang bukan ke Pasir Mas-Wakaf Baru-Tumpat ya.

Duduk ditempat masing-masing kerana keretapi akan memulakan perjalanan. Kita akan melalui kampung-kampung dan pekan-pekan di hulu Kelantan, Lihatlah keindahan alam maya nanti. Jangan lupa bawa kamera, rakam lah tempat-tempat yang anda lalui kerana mungkin inilah pengalaman anda sekali dalam seumur hidup.

Kita akan melalui stesen Kuala Krai


Kita juga akan melalui stesen Dabong

selepas meneruskan perjalanan kita akan tiba ke Destinasi


Stesen Gua Musang

Bandar lama Gua Musang

Bandar baru Gua Musang.

Dari stesen kita akan kerumah saudara kita iaitu Moksu Sabariah & Poksu Kob. Mungkin Sehari suntuk disana/ataupun mungkin melawat tempat-tempat menarik disekitar Gua Musang/boleh membeli belah durian "Musang king".

Perjalanan pulang kita akan menaiki bas tempahan yang akan mengambil warga KmhCakna di Gua Musang terus ke Besut & Gong Bayor.

"Program Kembara Kasih KmhCakna 2012" akan terlaksana jika warga Kmhcakna memberi sepenuh sokongan, insyaallah.

SATU PEMBERITAHUAN

Jika progran ini bertembung dengan program dibawah


maka pihak KmhCakna akan menunda program "Kembara Kasih KmhCakna 2012" kesuatu tarikh dan masa yang akan dibincangkan dan akan diberitahu kelak.

sekian



No comments:

Post a Comment