Sempena hari Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal 1431H bersamaan 26 Febuari 2010 kami pihak Kmhcakna mengucapkan "Salam Maulidur Rasul" kepada semua yang melayari blog ini. Kepada ahli-ahli keluarga KMH & Kmhcakna dijemput menjayakan sambutan Maulidur Rasul (maulid nabi) yang akan diadakan pada Isnin malam Selasa bertempat di rumah Mak Esah Kampung Gong Bayor. Semoga kehadiran anda kemajlis ini dapatlah kita sama-sama menyambut Maulidur Rasul disamping dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita.
سمڤنا هاري مولد الرسول ڤد 12 ربيع اول 1431ه برسمأن 26 فيبواري 2010 کامي ڤيهق قمهچقنا مڠوچڤکن \"سلام مولد الرسول\" کڤد سموا يڠ ملايري بلوݢ اين. کڤد اهلي-اهلي کلوارݢ قمه & قمهچقنا دجمڤوت منجايکن سمبوتن مولد الرسول ﴿مولد نبي﴾ يڠ اکن داداکن ڤد اثنين مالم ثلاث برتمڤت د رومه مق اساه کامڤوڠ ݢوڠ بايور. سموݢ کحاضيرن اندا کمجليس اين داڤتله کيت سام-سام مڽمبوت مولد الرسول دسمڤيڠ داڤت مڠرتکن لاݢي تالي صلة الرحيم سسام کيت.
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga".
(Hadith Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Sabdanya lagi
"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintaimu daripada anak,ibu bapa dan manusia seluruhnya"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Surah al-Ahzab ayat 21)
"Menjana Tautan Kasih Perkukuh Silatulrahim"
منجان تاوتن کاسيه ڤرکوکوه سيلتالرحيم
No comments:
Post a Comment