بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Friday, November 13, 2009

Program Asyura akan diadakan di tempat anda

Sempena awal Muharram (1 Muharram 1431) yang akan disambut pada 18 Disember 20009 pihak KMHcakna akan mengadakan sambutan hari Asyura. Nantikan tarikh yang akan diumumkan kelak, selalu-selalulah melayari blog ini. Terima Kasih

Sumber dari KMHcakna

Dibawah adalah sedikit resipi untuk mereka-mereka yang tak sabar menunggu hari asyura tersebut. Bolehlah tengok-tengok gambar dan baca resepi je dulu.


Bubur Asyura Terengganu

Bahan-bahannya:
1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam

Topping/Hiasan:
kelapa goreng
isi ikan bakar [hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara:
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

Rujukan: http://hanieliza.fotopages.com

Sunday, November 8, 2009

Kelas Al-Quran KMHcakna


Al-Quran Membentuk Generasi Unggul

Kelas Al-Quran yang dijangka bermula pada 6 November 2009 (Jumaat) pada jam 8:30 malam di kediaman Mak Esah, Kg. Gong Bayor telah Berjaya dilaksanakan. Kelas Al-Quran ini diadakan pada malam sabtu, malam Ahad & malam Isnin tiap-tiap minggu. Kepada ahli-ahli KMH, KMHcakna dan saudara mara KMH bolehlah menghadiri kelas mengaji Al-Quran ini. Kepada sesiapa yang belum mendaftar bolehlah mendapatkan borang dari AJK kelas Al-Quran iaitu En. Rokman Nordin serta adik-adiknya (Muhammad Rukini(Uncle Mien's), Azrul Nizam(abe) & Azrul Zilan(adik). Pihak pengurusan KMHcakna mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan perhatian anda

Program ini diibaratkan seperti "Sireh Pulang Ke Gangang".Hal ini berikutan sebelum ini Ayahtua merupakan salah seorang tenaga pengajar Al-Quran di Kampung Gong Bayor.

Program kelas Al-Quran ini bertujuan untuk memberi didikan asas dan pengukuhan pengajian Al-Quran kepada ahli-ahli KMHcakna dan masyarakat setempat, terutamanya golongan kanak-kanak. Selain itu, melalui program ini juga ahl-ahli KMHcakna boleh belajar ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang amat diperlukan dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat.

Besarlah harapan agar program ini terlaksana dengan sebaik-baiknya agar hasrat KMHcakna melahirkan generasi "Leads in both world" akan terlaksana di masa hadapan. Semuga segala usaha murni ini mendapat sokongan dan nasihat dari semua pihak agar ianya berterusan mendapat keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.

Visi

  1. Melahirkan anak-anak KMHcakna yang celik al-quran.
  2. Mewujudkan budaya membaca dan menghafal al-quran dalam kalangan kanak-kanak.
  3. Mewujudkan semangan kerjasama sesama ahli keluarga.
  4. Pengisian yang lebih bermakna selaras dengan syariat Islam
  5. Melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai anggota masyarakat
Pengisian Program
  • Belajar iqra' untuk kanak-kanak
  • Belajar membaca Al-Quran
  • Belajar menghafal Al-Quran
  • Belajar ilmu fardu ain seperti solat, puasa, doa-doa harian, dan amalan-amalan lain yang dituntut agama
  • Lain-lain yang berkaitan dengan syariat Islam

Jawatankuasa Perlaksana Program

Pengerusi : En. Jusoh b.Mahmud

Pengarah Projek : En. Rokman b. Nordin

Setiausaha : En. Mohd Azrul Zilan b. Nordin

Bendahari : En. Rosdi b. Abd Razak

Peralatan/penyediaan tempat : En. Mohd Azrul Nizam b. Nordin






(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Surah Al-Ahqaaf ayat 12

Wednesday, November 4, 2009

Gotong Royong Untuk Mangsa Kebakaran












Banner sumbangan dari KMHcakna untuk ucapan terima kasih dari En. Rokman Nordin
kepada pihak-pihak yang terlibat memberi sumbangan-sumbangan.


Ini adalah sedikit paparan suasana semasa gotong-royong di rumah En. Rokman. Kepada yang terlibat bersama-sama bergotong-royong membina semula kediaman sementara, memberi sumbangan tenaga, derma, pakaian, peralatan- peralatan, makanan dan sebagainya, pihak En. Rokman sekeluarga mengucapan jutaan terima kasih yang tidak terbalas. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya.

Tidak lupa juga kepada pihak-pihak yang perihatin tentang musibah ini termasuklah Y.A.B. Menteri Besar Terengganu dan kerajaan negeri Terengganu, Y.B. Adun Kota Putera, Jabatan-jabatan negeri dan persekutuan, Parti-parti politik, Pengerusi JKKK Kg. Gong Bayor, Pihak Swasta, NGO, Jurutera Perunding Zaaba, Penderma-penderma persendirian, Seluruh Masyarakat setempat yang telah memberi sokongan dan bantuan.

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadanyalah kamu meraung meminta pertolongan".

Surah Al-Nahl ayat 53