بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Thursday, July 22, 2010

MUSIBAH

Inna lillahi wainna ilahi raajiun....
Warga KMHCakna tumpang bersedih ke atas bencana yang menimpa En.Sharul Azwan Bin Mohd Zin pada petang tadi, Khamis 22hb Julai 2010,jam 6.00ptg. Kereta Perdana kesayangannya telah ditimpa sebatang pokok kelapa yang patah kerana ribut kuat.
Semoga beliau bersabar di atas ujian tuhan Yang... maha Perkasa.

sumber dan foto dari Uncle Mie




Sunday, July 18, 2010

BIBLIOGRAFI ALLAHYARHAM MAHMUD BIN HJ HAMZAH

Sekitar tahun 1920an, lahirlah seorang insan yang diberi nama MAHMUD BIN HJ HAMZAH. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Saring, Pasir Putih, Kelantan. Beliau merupakan anak kepada pasangan Jeriah Binti Jusoh dan Hj. Hamzah Bin Haji Awang atau lebih dikenali sebagai Hj Awang Misai Merah telah berkahwin dengan seorang bidan yang dikenali sebagai Tok mek Su merupakan titihan yang berasal dari sebuah tempat yang bernama Jembal dalam daerah Pasir Putih, Kelantan. Manakala ibunya pula, merupakan anak kepada pasangan Jusoh/pak soh Po’yak dengan Mok wa tok minah yang berasal dari kampung Tempoyak dalam daerah Bachok di Kelantan. Dikalangan anak cucu yang rapat Allahyarham mahmud dikenali sebagai Ayah Tua manakala dikalangan masyarakat kampung pula beliau dikenali sebagai Pak Tih Mahmud.

Mengimbas kembali masa kecilnya, Setelah ketiadaan bapanya,Hj Hamzah Kerana Mengikuti Bas Kepunyaannya Yang dibawa Oleh Tentera Jepun yang menduduki Tanah Melayu Pada tahun 1942.Allahyarham Ayah Tua Dipelihara oleh Mok wa Tok Minah,Iaitu nenek sebelah ibu, yang juga seorang Bidan Yang terkenal dikawasan sekitar kampung Tempoyak,Bachok.

Ayah Tua telah berpindah Ke Besut buat pertama kali setelah ibunya bercerai dengan Ayah kandungnya.Ibunya telah berkahwin lain dengan seseorang yang dipanggil Tok pak hab yang menetap di kampung Kubang Ikan dan kemudiaanya telah berpindah ke kampung Bukit Tanah, Setiu.

Allahyarham Ayah tua adalah seorang yang bertanggungjawab, tegas, dan cukup penyayang terutamanya kepada anak cucunya. Beliau juga amat disegani dan dihormati di kalangan masyarakat. Mesra dan mudah didekati adalah intipati hampir keseluruhan sisa hidupnya.

Apabila dewasa, pelbagai pekerjaan telah dilakukan antaranya menjadi petani, nyadat nyior, membawa beca dan naik nyior untuk menyara dan menampung kehidupan keluarganya yang agak besar. Beliau bertemu jodoh dengan ESAH BINTI IBRAHIM dan dikurniakan sembilan orang cahaya mata iaitu SEPIAH, JUSOH, CHE MAH, ZAWAWI, MAT ZIN, MUHAMAD, HAMZAH, ZULKIFLI DAN CHE OMAR.

Satu penghormatan untuk Mak Esah yang masih lagi dapat bersama kita pada hari ini.

Hasil dari sikap Allahyarham Ayah tua sebagai seorang yang bertanggungjawab, tegas, dan cukup penyayang terutamanya kepada anak cucunya telah menyebabkan beliau begitu disegani dan dihormati di kalangan anak cucu dan masyarakat.Justeru itulah rasa sayang dan ingatan anak cucu terhadap Ayah tua tidak pernah pudar hingga kini. Keprihatinan beliau dalam menyelesaikan masalah yang sentiasa wujud dikalangan anak cucu dan saudara mara telah banyak menyedarkan kita bahawa…

“KITA SEBENARNYA TELAH KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA YANG AMAT TINGGI NILAINYA KEPADA KELUARGA”

Saat kehilangan beliau sebenarnya mula dirasai setelah beliau diserang penyakit TB atau batuk kering.Beliau hadapinya selama beberapa tahun dan dikatakan telah menghabiskan bercupak ubat untuk merawat penyakit itu.

Kemudiannya Beliau sekali lagi sakit iaitu sekitar tahun 1995.Ayah Tua telah menghidap penyakit “cancer Prostat”.Kerana itu Ayah Tua terpaksa berulang alik selama lebih kurang dua tahun, sama ada ke Hospital Jertih atau Hospital Kota Bahru bagi merawat penyakit yang dihidapinya. Setelah berbagai cara perubatan, termasuk perubatan tradisional telahpun dikhtiarkan, penyakit Ayah Tua tetap bertambah serius.Kita hanya mampu merancang, Allah jua penentu segalanya.

Kita semua yakin bahawa disaat-saat akhir hidup ayah Tua.Kita semua telah melakukan yang terbaik dalam menjaga ayah tua sewaktu sedang sakit. Dan…

Walaupun sehebat mana sekalipun rasa sayangnya kita pada Ayah tua.JANJI TUHAN PASTI AKAN BERLAKU. Sebagai HAMBA, SEHARUSNYA KITA MENGAKUI DAN MENERIMANYA DENGAN BERLAPANG DADA.

Maka, di suatu dinihari yang bening,sekitar jam 4.30pg, pada tanggal 26 Januari 1997, Hari Nuzul Quran dan dibulan Ramadhan ,di waktu berumur 75 tahun, Ayah Tua telah kembali menyahut seruan illahi, dengan diiringi sejuta kesedihan oleh semua anak cucu, saudara dan rakan serta masyarakat khususnya penduduk kg Gong bayor.Kesudahan itu diratapi, dan kitalah yang merasainya…

Marilah sama-sama kita membaca al fatihah untuk disedekahkan kepada arwah Ayah tua dan tok nenek kita semua yang telah lama meninggalkan kita…al-fatihah……………(1mini
t)

Namun Setelah 9 tahun pemergiannya, Dapat kita rasakan bahawa hubungan di antara adik-beradik dan anak cucunya semakin jauh disebabkan tuntutan kehidupan yang berbagai-bagai.Justeru itu, inilah hari, yang amat bermakna setakat ini untuk kita semua.Kita berkumpul disini untuk bertanya khabar dan turut menginsafi bahawa kita semua sebenarnya masih saling memerlukan dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.Justeru itu marilah kita kembali “Menjana Tautan kasih dan perkukuhkan Sillahturrahim” semoga usaha ini diberkati Allah sbt. Sekian,Terima Kasih.

-Miens06-

ESHAH BINTI IBRAHIM...

Namun rentetan jalinan tersebut masih utuh hingga kini. Di sini masih ada kita semua. Di sini juga ada seorang insan yang sentiasa menjadi pemangkin kepada kejayaan hidup allahyarham ayah tua. Eshah binti Ibrahim namanya, bertubuh kecil, berkulit sawa matang dan memiliki ketegasan dalam tindakannya. Beliau dilahirkan pada 1 oktober 1928, berumur 81 tahun. Beliau dilahirkan di Kg. Gong Bayor dalam keadaan serba kekurangan.

Bapanya bernama Ibrahim bin Dollah dan ibunya bernama Mek Nik binti Senik. Bapanya merupakan anak sulung kepada pasangan mak yoh dan Dollah, yang berasal dari Jembal, Kelantan.

Mak Eshah mempunyai 9 orang adik-beradik iaitu Awang Long, Timah, Siti, Tok Noh, Tok Tih Bidah, Pak Chu Rani, Pok Su Mat dan Zahari.(meninggal sewaktu kecil kerana demam panas)

Hari ini…

Di hadapan kita masih ada seorang ibu. Pandanglah wajahnya, amatilah baris tuturnya, jelajahilah teras hidupnya. Sematkanlah dalam hatimu, persoalkanlah dalam mindamu…adakah insan di hadapanmu ini, hanya menjadi seorang ibu sewaktu ayahmu masih bernafas…Adakah insan ini, berhak untuk dinafikan haknya sebagai seorang ibu dihati kita.

Sesungguhnya “Syurga di bawah tapak kaki ibu”

Hela nafasmu…..sanggupkah kamu kehinggalan insan ini dalam keadaan kamu tanpa pedoman.

Lunakkan suara mu, nyatakan sesungguhnya hidupku tanpa tunjjuk bicara mu amat tidak bermakna.

Luaskan mindamu…telah cukupkah nilai kasih dan sayang dijiwamu dari insan ini.

Pejam matamu….Yakinkan dirimu sesungguhnya aku masih memerlukan insan yang sering aku lukai ini.

Persoalkan jiwa keimananmu…ibu… dimana letakku disisi tuhanku atas apa yang telah aku lakukan padamu…Ibu sebelum tuhan menjemputmu, bukan kasih sayang yang ku dambakan tapi sedikit keampunan tanda aku zuriatmu….

DETIK BERMULA...

Dengan semangat kecaknaan kasih sayang.Hasil inisiatif dan idea tiga orang pemuda iaitu En.Zulkifli Bin Mahmud (ayah Chik), En.Mohd Zabri Bin Nordin (Abg Ngah) dan En.Muhamad Rukini Bin Nordin (Unclemiens)...maka tertubuhlah KMHCakna sebagaimana yang ada pada hari ini,

KMHCakna ini adalah rentetan dari penubuhan Tabung Amanah Keluarga Anak Menantu dan Cucu Cicit Mahmud Bin Hj Hamzah pada 4hb Julai 1996. Kemudiannya tabung ini mengalami perubahan struktur pengurusan yang baru dengan penyertaan Pn.Rosmawati Binti Taib yang turut sama sebagai pengerak dan namanya turut ditukar kepada Persatuan Keluarga Mahmud Hj.Hamzah (KMH) pada 15hb Disember 2005. Kemudianya Hari keluarga KMH yang pertama telah berjaya di adakan pada 6.6.2006. Seiring dengan perkembangan semasa dan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh persatuan, maka jawatankuasa persatuan Keluarga Mahmud Hj Hamzah telah sepakat memutuskan untuk sama-sama merancang dan mewujudkan koperasi keluarga yang dinamakan sebagai Koperasi KMHCakna Berhad. Penubuhan koperasi ini bertujuan untuk memperkukuhkan struktur ekonomi keluarga secara bersama. Justeru itu sekitar Jun 2009, Nama KMHCakna telah dipilih untuk membawa agenda keluarga menuju kejayaan seiring dengan pembangunan negara.

Pada asasnya organisasi KMHCakna ditubuhkan sebagai penggerak kepada tautan kasih yang lebih erat antara ahli keluarga. Namun hingga kini ia menjadi lebih segar setelah berbagai aktiviti yang dilakukan mampu menaikkan semangat kasih sayang dan wujudlah percambahan idea yang mahukan roh persaudaraan ini digamatkan lagi dengan wujudnya kepentingan bersama berasaskan beberapa tunjang iaitu Kerohanian (Agama), Ekonomi, pendidikan dan kebajikkan setempat.

Justeru itu, penubuhan koperasi diharap akan menjadikan struktur ekonomi Keluarga Mahmud Hamzah(KMHCakna) akan bertambah mantap seiring dengan perkembangan semasa di samping dapat menyahut seruan kerajaan agar 30% bumiputera melibatkan diri dalam ekonomi dan keusahawanan. Semoga struktur ekonomi organisasi KMH yang kukuh akan menjadikan konsep “Menjana Tautan Kasih Perkukuh Sillahturrahim” yang telah di uar-uarkan selama ini di antara ahli KMHCakna dapat direalisasikan dengan lebih jaya dan berkesan di masa akan datang. Insya’Allah…

MOTTO

“ MENJANA TAUTAN KASIH PERKUKUH SILLAHTURRAHIM”


“KEKELUARGAAN, KECEMERLANGAN DAN KEPELBAGAIAN”


MISI

Menjadikan KMHCakna sebuah entiti kekeluargaan yang mampu berdaya saing di peringkat global dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan dan kebajikan di samping terus utuh mengekalkan jati diri agama dan bangsa. Ini selaras dengan matlamat melahirkan ahli KMHCakna sebagai “leads in both world” pada masa akan datang. Momentum yang diwujudkan oleh generasi KMHCakna ini diharap akan dapat mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat antara unsur duniawi dan ukhrawi.

VISI

i.Sentiasa merancang dan melaksanakan program yang dapat membentuk jiwa kasih sayang di antara ahli keluarga KMHCakna

ii.Merancang dan membina struktur ekonomi yang mampu disertai oleh semua ahli KMHCakna agar peningkatan sumber pendapatan ahli dapat di jana secara bersama.

iii.Mengalakkan ahli menceburkan diri dalam ekonomi keusahawanan dan pengurusan ekonomi yang baik.
iv.Mewujudkan jalinan perniagaan antara ahli KMHCakna dan persekitaran ekonomi dalam masyrakat

v.Menggalakkan Ahli KMHCakna sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu melalui penyediaan insentif yang berkaitan.

vi.Memastikan kebajikkan ahli KMHCakna sentiasa dipantau dan berada pada tahap yang memuaskan.


AKTIVITI-AKTIVITI TELAH DAN AKAN DILAKSANAKAN

1) Majlis sambutan Hari Keluarga Mahmud Hj Hamzah
Tarikh : 6hb Jun 2009
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00ptg
Penglibatan : lebih kurang 400 orang

2) Majlis berbuka Puasa 1430H/2009
Tarikh : 17 ramadhan 1430H
Hari : Isnin
Masa : 6.30ptg
Penglibatan : lebih kurang 150 orang

3) Majlis Rumah Terbuka aidil’fitri
Tarikh : 21hb September 2009
Hari : Isnin (hari raya kedua)
Masa : 8.30mlm – 11.30mlm
Penglibatan : lebih kurang 350 orang

4) Program Bubur Assyura KMHCakna
Tarikh : 26hb Disember 2009
Hari : sabtu
Masa : 7pg-4ptg
Nota: KMHCakna telah menyediakan 1500 bekas bubur dan diagihkan kepada penduduk kg
Kg terlibat ialah kg gong bayor,kubang ikan, gong jelutong dan kg baru batu tumbuh.
Program telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Pahemi Yusof ADUN KOTA PUTERA

5) Program Jungle Tracking KMHCakna
Tarikh :14 Februari 2010 (Ahad
Masa :7.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Bukit Keluang, Besut Terengganu
Penglibatan : 120 peserta

6) Kem Lasak KMHCakna 2010
Tarikh :15-17hb Jun 2010
Masa : 3hari 2malam
Tempat : PVR RESORT, Bukit Mual, Terengganu
Penglibatan : 50 peserta


7) Program berkala mengaji Al Quran
Tarikh : Tiap malam Jumaat, sabtu dan ahad
Masa : 8.30-11.00 malam
Tempat : Umah Mak Esah Kg Gong Bayor Besut
Penglibatan : 50 peserta

Dalam Perancangan.

Perekonomian/perniagaan

1) Membuka pusat servis kenderaan bermotor
2) Membuka gudang alat ganti kenderaan bermotor
3) Memasarkan produk siap yang dihasilkan oleh ahli-ahli seperti santan segera, kuih/kerepek dan lain- lain barangan Industri kecil dan sederhana.
4)Mengusahakan penubuhan pajak gadai ar-rahnu dan kemudahan pinjaman kepada ahli koperasi.

Kebajikan/pendidikan

1) Gotong Royong membersih kawasan kubur di kampong Gong Bayor besut dengan kerjasama JKKK
2) Insuran Takaful secara berkelompok untuk semua ahli keluarga KMHCakna.
4) Khairat kematian untuk semua ahli keluarga KMHCakna.
5) Tabung pendidikan “Anak Pintar” kepada semua anak-anak ahli KMHCakna yang berjaya ke IPTA dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Membawa agenda keluarga bahagia sebagaimana yang dihasratkan oleh komuniti cakna dalam keluarga KMHCakna bukanlah hanya retorik bagi mewujudkan angan-angan dan impian indah semata-mata. Ia adalah amanah besar yang perlu dipikul cara bersama. Rintangan dan halangan dalam menjayakan program ini sudah pasti ada dan diharap dengan kerjasama semua pihak segala kelemahan dan halangan akan dapat di atasi dengan baik.

Justeru itu, Semoga KMHCakna menjadi sebuah organisasi yang berjaya dan berkembang selaras dengan matlamatnya. Di samping dapat merealisasikan segala misi dan visi dengan jayanya. Kami turut mengharapkan agar semua usaha murni ini akan mendapat, tunjjuk ajar, kerjasama, bantuan dan sokongan semua pihak. Kekuatan KMHCakna dalam mencapai matlamat kasih sayang dalam kelompok kekeluargaan yang besar diharap juga akan menjadi tauladan dan menyuntik semangat kepada seluruh warga satu Malaysia dalam membentuk konsep “Unity in Diversity” berteraskan tunjang agama Islam yang sebenar dan jati diri Malaysia yang kukuh.

Sekian Terima Kasih
17hb Julai 2010
Unclemiens 2010



Sebarang maklumat sila hubungi :

Web site: http:// kmhcakna.blogspot.com

e-mail:www.kmhcakna.gmail.com.my

atau

e-mail:www.unclemiens5733@yahool.com.my

@ fb:Abe Mie Kg Raja

Tel: 019-9206839(setiausaha KMHCakna)




"Menjana Tautan Kasih Perkukuh Sillahturahim"