بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Berita Akan Datang

LAWATAN KMHCAKNA KE GUA MUSANG .....coming soon.....

Sunday, December 27, 2009

Program Bubur As-syura Bersama KMHcakna

Bertempat di Kampung Gong Bayor pada 26hb. Disember 2009 bersamaan 9 Muharram 1431 telah berlangsungnya satu program masak-memasak bubur asyura yang dinamakan "Program Bubur Asyura bersama KMHcakna". Setelah perancangan yang dibuat hampir sebulan, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dijayakan oleh ahli-ahli KMHcakna ini telah diadakan sempena bulan Muharram iaitu bulan Asyura bagi umat Islam.

Bermula seawal jam 7.00 pagi segala kelengkapan peralatan dan bahan-bahan yang telah disediakan dari awal, maka bermulalah program memasak bubur asyura sebanyak 5 kawah ini. Dalam program ini telah diadakan pertandingan memasak "bubur asyura paling sedap" . Sebanyak 5 kumpulan telah menyertai pertandingan ini iaitu terdiri dari kumpulan Kawah 1 yang diketuai oleh Pakcik Soh (Jusoh Mahmud), Kawah 2 diketuai oleh Ayah Mat (Muhamad Mahmud), Kawah 3 diketuai oleh Ayah Da (Mat Zin Mahmud), Kawah 4 diketuai oleh Kman (Rokman Nordin), Kawah 5 diketuai oleh Selan (Roslan Jali) dan pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Ayah Da (MatZin).


Program yang pertama kali diadakan KMHcakna ini telah dihadiri oleh Y.A.B Wakil Rakyat Dun Kota Putera, pemimpin-pemimpin parti politik kawasan, penghulu kampung dan penduduk-penduduk kampung. Program yang berjalan meriah ini telah dapat berjaya dilaksanakan dan telah berjaya menghasilkan 1,000 bekas bubur asyura untuk diagih-agihkan kepada penduduk Kampung Gong Bayor, Kampung Kubang Ikan dan Kampung Batu tumbuh. Bubur-bubur ini diedarkan oleh "runner-runner" KMHcakna yang diketuai oleh Rosdi Razak umpama penghantaran pizza keseluruh kampung. Dalam masa setengah jam aje 1,000 bekas bubur yang dipacket rapi itu telah habis diagihkan.

Syabas kepada KMHcakna kerana kejayaan program ini. Program sebegini mungkin dan patut diadakan dimasa-masa akan datang supaya KMHcakna dan penduduk-penduduk kampung sama-sama dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.

Sunday, December 20, 2009

Program Bubur As-syura Bersama KMHcakna

Tema program "As-syura Pemangkin Sillahturrahim Unggul"

Hari As-syura disambut bagi mengenang dan mengingati dua peristiwa besar iaitu berkait dengan Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s. Allah s.b.t. telah menyelamatkan nabi Musa a.s. dari kepungan musuh dan bani Israel pada 10 Muharram dan Nabi Nuh telah terselamat dari banjir besar juga pada 10 Muharram.
Justeru itu adalah baik kita mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku ini. Mudahan dengan program bubur itu akan membuka ruang minda kita untuk mengkaji dan berfikir akan keagungan Islam serta betapa hebatnya harg diri kita sebagai seorang muslim.
Bagi KMHcaknak, selain mendapat rahmat dan keampunan Allah s.b.t matlamat kita adalah persaudaraan sillaturahim yang seharusnya wujud dikalangan kita dan masyarakat seluruhnya. Program ini adalah pemangkin dan asas kepada persaudaraan yang lebih unggul untuk generasi masa depan.
Besarlah harapan agar program ini terlaksana mengikut perancangan dan diberkati Allah s.b.t. Terima kasih.
VISI
  1. Memupuk rasa cinta terhadap agam Islam melalui program memperingati hari-hari kebesaran Islam.
  2. Mendidik generasi dengan merealisasikan semula sejarah Islam agar dapat memahami agama Allah dengan lebih bermakna dan mendalam.
  3. Mewujudkan semangat kerjasama, gotong-royong dan pereratkan sillaturahim sesama ahli keluarga sewaktu melaksanakan program ini.
  4. Pengisian yang lebih bermakna dalam menjayakan program hari As-Syura selaras dengan syariat Islam.
  5. Melaksanakan tanggunjawab sosial sebagai anggota masyarakat Kampung Gong Bayor.
  6. Menjalinkan kerjasama dan hubungan kekeluargaan dengan seluruh anggota masyarakat yang berdekatan.

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 26hb Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kediaman Mak Esah Kampung Gong Bayor, Besut.
Penglibatan : Keluarga KMhcakna, jiran tetangga dan masyarakat setempat.
PENGISIAN PROGRAM
  1. Ucapan Aluan Pengarah Program
  2. Ucapan sepatah dua kata dari Pengerusi Program
  3. Ucapan tetamu kehormat / wakil keluarga KMHcakna
  4. Pertandingan mengacau As-Syura
  5. Tazkirah oleh Ustaz Badi'uzaman bin Mohamad
  6. Majlis penyampaian hadiah/agihan bubur As-Syura kepada wakil penduduk
  7. Jamuan As-Syura / Bersurai

JAWATANKUASA PERLAKSANAA PROGRAM

Pengerusi : En. Zulkifli bin Mahmud

Pengarah Projek : En. Rokman bin Nordin

Setiausaha : En. Mohd Azrul Nizam bin Nordin

Bendahari : En. Rosdi bin Razak

Ahli Jawatan Kuasa Kecil

1. Unit Protokol & Informasi

Pn. Rosmawati binti Taib

2. Unit Keceriaan & Tugas-Tugas Khas

En. Mohd Kamani bin Nordin

En. Mohd Syahrul Ikhwan bin Rokman

Pn. Masni binti Mohd Zin

3. Unit Peralatan dan Pengangkutan

En. Mohd Azrul Zilan bin Nordin

En. Sudirman bin Mohd Salleh

4. Unit Jamuan

Pn. Sumayyah binti Mohd Nor

Pn. Che Mah binti Mahmud

Pn. Hanisah binti Hussin

5. Unit Media & Elektronik

En. Mohd Zabri bin Nordin

En. Mohd Al-Hafiz bin Nordin

7. Unit Kerohanian

En. Sani Sakeri bin Awang Teh

8. Unit Keselamatan

En. Rokman bin Nordin

En. Mohd Zin bin Mahmud

PENUTUP

Besarnya harapan agar program ini berjalan dengan baik dan mencapai matlamat yang dihasratkan agar sillaturahim antara keluarga sentiasa segar menurut syariat Allah.

Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu penuh dengan hikmah dan berkatnya. Justeru itu samalah kita berdoa kehadrat illahi agar kita mampu mencapai kejayaan dan keberkatanNya dalam melaksanakan kebaikan yang sedikit ini.